PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN

Wednesday, January 3, 2018

PENGESAHAN PERNIKAHAN DAN POLIGAMI



SOALAN:

PENGESAHAN NIKAH – Bahawa saya dan isteri telah pergi ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan telah bernikah di Narathiwat pada tahun 2015. Namun, sehingga kini kami masih belum membuat apa-apa pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Oleh kerana isteri saya telah mengandung pada awal tahun ini, saya khuatir jika saya tidak mengesahkan pernikahan saya dan ianya akan memberi risiko pada anak saya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Oleh itu, saya memerlukan nasihat dari pihak Tuan bagi menyelesaikan masalah saya ini secepat mungkin.


(Aizat Ali dari Subang Jaya)








JAWAPAN: 
Terima Kasih En.Aizat atas pertanyaan yang diajukan.
Saya akan membahagikan penerangan bagi kes pengesahan nikah ini kepada 2 bahagian:

1.      Hukum Syara’: Rukun & Syarat Nikah

Pertama sekali, perkara yang paling asas adalah mengenalpasti samaada sesuatu perkahwinan itu sah dan memenuhi rukun-rukun nikah yang telah ditetapkan poleh Syara’:
Saya merujuk kepada apa yang dinyatakan di dalam Kitab Hasyiyah al-Bujairimi Syarah Minhaj at Thullab telah menyatakan:
“ Fasal dalam membicarakan rukun-rukun nikah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Adapun rukun-rukun nikah itu ialah lima iaitu:
1.      Pengantin Lelaki
2.      Perngantin Perempuan
·         Wali
1.      Dua orang saksi
2.      Sighah/ lafaz ijab qabul”
Setelah diteliti satu persatu bermula dengan pengantin lelaki dan pengantin perempuan, kedua-dua nya haruslah Islam, baligh, berakal, mukallaf serta tidak mempunyai hubungan darah atau persaudaraan.
Diantara perkara yang menghalang dari kesahan suatu pernikahan atau pengesahan nikah adalah berbeza bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Perkara yang menghalang bagi pengantin perempuan adalah bukan terdiri dari perempuan yang haram dinikahi seperti mepunyai hubungan nasab dengan suami, bukan isteri orang dan tidak berada dalam ‘iddah. Begitu juga dengan pengantin lelaki, hendaklah terdiri dari lelaki yang halal dinikahi seperti tertentu dan tidak beristeri lebih dari 4 orang.

Seterusnya rukun yang ketiga iaitu berwalikan Wali Hakim yang kebiasaanya juga merupakan jurunikah bagi pernikahan di Majlis Agama di Thailand. Disini perlu dipastikan bahawa semasa pernikahan tersebut, wali Nasab bagi pengantin perempuan berada lebih dari 2 marhalah (60 batu) dari tempat pernikahan tersebut dan sebelum upacara bermula, pengantin perempuan telah memberi persetujuan mewakil walikan serta memberi mandat kepada jurunikah untuk dinikahkan dan penerimaan perwakilan oleh jurunikah tersebut.
Keempat pula, saksi didalam upacara pernikahan adalah 2 orang saksi yang sihat tubuh badan serta tidak buta juga tidak pekak yang mana beragama Islam dan melengkapi syarat-syarat sebagai seorang saksi.
Kelima adalah wujudnya sighah atau lafaz ijab dan qabul sewaktu pernikahan tersebut iaitu lafaz ijab dari jurunikah dan lafaz qabul dari pengantin lelaki.
Ini bertetapan dengan peruntukan di dalam seksyen 12 dan 12(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)seksyen 12 tersebut memperuntukkan bahawa:
“ Sesuatu perkahwinan itu adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara’ untuk menjadikannya sah” 
Seksyen 12(2) memperuntukkan bahawa:
“ Walau apapun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan seksyen 40 (2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syara’, boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah”
Seterusnya rukun yang ketiga iaitu berwalikan Wali Hakim yang kebiasaanya juga merupakan jurunikah bagi pernikahan di Majlis Agama di Thailand. Disini perlu dipastikan bahawa semasa pernikahan tersebut, wali Nasab bagi pengantin perempuan berada lebih dari 2 marhalah (60 batu) dari tempat pernikahan tersebut dan sebelum upacara bermula, pengantin perempuan telah memberi persetujuan mewakil walikan serta memberi mandat kepada jurunikah untuk dinikahkan dan penerimaan perwakilan oleh jurunikah tersebut.
Keempat pula, saksi didalam upacara pernikahan adalah 2 orang saksi yang sihat tubuh badan serta tidak buta juga tidak pekak yang mana beragama Islam dan melengkapi syarat-syarat sebagai seorang saksi.
Kelima adalah wujudnya sighah atau lafaz ijab dan qabul sewaktu pernikahan tersebut iaitu lafaz ijab dari jurunikah dan lafaz qabul dari pengantin lelaki.
Ini bertetapan dengan peruntukan di dalam seksyen 12 dan 12(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)seksyen 12 tersebut memperuntukkan bahawa:
“ Sesuatu perkahwinan itu adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara’ untuk menjadikannya sah” 
Seksyen 12(2) memperuntukkan bahawa:
“ Walau apapun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan seksyen 40 (2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syara’, boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah”.

2. Pembuktian wujudnya pernikahan : Keterangan Dokumen






Dalam mempertimbangkan kes ini, Mahkamah akan mengambil kira beberapa perkara penting di dalam permohonan En.Aizat bagi membuktikan tahap pembuktian yang sewajarnya dicapai oleh Pengantin lelaki dan Pengantin perempuan bagi mensabitkan dan meluluskan pengesahan nikah ini berdasarkan dokumen-dokumen sepertimana berikut:

A.    Sesalinan kad pengenalan
B.     Sesalinan catatan keteragan nikah wilayah Narathiwat
C.     Sesalinan bukti passport masuk dan keluar
D.    Sesalinan surat perngesahan perkahwinan dari Majlis Agama Narathiwat
E.     Sesalinan surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat Jeneral Malaysia.

+ JIKA ANDA TIDAK MAMPU DARI SEGI KEWANGAN, KAMI TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DOKUMEN SERTA PANDU ANDA BERKAITAN PROSIDING MAHKAMAH SEHINGGA KES SELESAI.

+ KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GUAMAN SYARIE JIKA ANDA TIDAK BERKEYAKINAN ATAU BIMBANG APABILA BERBICARA DENGAN HAKIM.



SILA WHATSAPP KE : 013-467 9960
@

Tuesday, January 2, 2018

FASAKH : PEMBUBARAN PERKAHWINAN





PERINTAH UNTUK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN ATAU MELALUI FASAKH

(1) Seseorang  yang berkahwin mengikut  Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau  fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—



(A) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun (SUAMI HILANG);

(B) bahawa suami telah cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh tiga bulan;

(C) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. Telah menjalani hukuman selama 1 tahun .;

(D)suami telah tidak menunaikan,kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(E) bahawa suami telah mati pucuk;

(F) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(G) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(H) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—




(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan   harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi  undang-undang terhadap harta itu; atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau  amalan agamanya; atau



(vi) (POLIGAMI) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

(I) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(J) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(K) salah seorang gila atau sakit mental

(L) bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang persetubuhan.

+ JIKA ANDA TIDAK MAMPU DARI SEGI KEWANGAN, KAMI TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DOKUMEN SERTA PANDU ANDA BERKAITAN PROSIDING MAHKAMAH SEHINGGA KES SELESAI.

+ KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GUAMAN SYARIE JIKA ANDA TIDAK BERKEYAKINAN ATAU BIMBANG APABILA BERBICARA DENGAN HAKIM.



SILA WHATSAPP KE : 013-467 9960
@

CERAI SECARA BAIK





Kes cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah boleh dikatakan merupakan jenis kes syariah yang paling banyak difailkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Kes ini melibatkan pasangan yang masih berkahwin tetapi berniat untuk bercerai, di mana suami dan/atau isteri ingin talaq dilafazkan di dalam Mahkamah.
Sememangnya sekiranya ingin bercerai, Enakmen negeri masing-masing mengkehendaki perceraian dibuat di dalam Mahkamah, tidak kira dalam bentuk talaq, fasakh, khulu’, li’an dan sebagainya. Talaq yang dilafazkan di luar Mahkamah adalah sebenarnya suatu kesalahan syariah.
Kenapa? Ada dua kebaikannya:
1.      Sekiranya lafaz talaq tersebut tidak jelas (seperti “aku pulangkan kau kepada ibubapa kau”, “aku tidak mahu bersama kau lagi”), akan berlaku banyak masalah semasa pasangan ingin mendapatkan pengesahan lafaz cerai kerana suami dikehendaki berterus-terang tentang niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Hakikatnya, terdapat banyak kes di mana apabila ditanya Hakim, suami tidak mahu mengakui bahawa dia sememangnya berniat untuk menceraikan isteri semasa membuat lafaz tersebut. Maka isteri akan sentiasa dalam keadaan berasa serba-salah kepada Allah sekiranya suami tidak berlaku jujur semasa menjelaskan niat kepada Mahkamah dan mereka kembali hidup sebagai suami isteri dalam keadaan ketidaktentuan itu.

2.      Prosedur cerai dalam Mahkamah memberi masa kepada suami isteri untuk benar-benar memikirkan semula samaada mereka patut berpisah. Sekiranya difailkan prosedur cerai dalam Mahkamah di bawah seksyen 47, sekiranya salah satu pihak tidak mahu bercerai, Mahkamah akan memberi peluang kepada pasangan untuk berbincang di hadapan jawatankuasa pendamai (lebih dikenali sebagai “JKP”), dan jika masih tidak berjaya, kes akan dirujuk pula kepada “Hakam”, iaitu perbincangan lanjut antara wakil pihak-pihak supaya dapat berdamai atau masih meneruskan dengan cerai.

Oleh itu, eloklah sekiranya pihak yang sudah memutuskan untuk bercerai (baik isteri atau suami), memfailkan permohonan cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah (biasanya dirujuk sebagai cerai Seksyen 47). Proses cerai sebegini (berbeza dengan fasakh) adalah lebih mudah dan kebanyakannya tidak memerlukan peguam, kerana ia tidak melibatkan proses perbicaraan. Hanya sekiranya proses ini tidak berjaya, contohnya kerana suami atau wakil enggan memberikan kerjasama atau hadir ke Mahkamah, maka Hakim sering menasihatkan isteri untuk memfailkan kes di bawah ta’liq atau fasakh (sekiranya sebab-sebab untuk ta’liq atau fasakh sememangnya wujud).

Langkahnya mudah sahaja, dan tidak perlu peguam pun. Kadangkala boleh juga selesai dalam hari yang sama, dan di sesetengah negeri dipanggil ‘fast track’ . Step-by-step proses tersebut adalah begini:-
1.   Kalau nak terus bercerai hari yang sama, datang ke Mahkamah pada awal pagi bersama pasangan (elakkan hari Jumaat sebab Mahkamah biasanya tidak dengar kes pada hari Jumaat). Tetapi mesti ingat, isteri mestilah dalam keadaan suci pada masa itu, dan tidak berlaku persetubuhan sepanjang tempoh suci tersebut.


2.   Mohon didengar terus pada hari yang sama jika pasangan hadir dan mahu terus bercerai (tapi kalau nasib anda kes Mahkamah dah penuh atau Hakim tiada pada hari tersebut, Mahkamah akan bagi tarikh lain tapi pastikan pada tarikh tersebut isteri akan dalam keadaan suci dan tiada persetubuhan selepas suci dari haid. jika isteri haid tak teratur, maka agak-agak sahajalah, kalau hari pendengaran nanti isteri sedang haid, kena mohon tarikh pendengaran lain).

3.   Sekiranya didengar di hari yang lain atau sekiranya anda tidak datang bersama pasangan, maka Mahkamah akan minta Pemohon serahkan Saman yang telah dimeterai Mahkamah kepada Defendan iaitu pasangan anda. Serahan mesti secara tangan ye, tak kiralah melalui orang ketiga atau secara sendiri, tetapi mesti pastikan Defendan sememangnya terima (jangan hanya letak dalam bilik tidur atau atas meja makan, walaupun anda tahu mesti Defendan akan baca). Kalau dapat dia tandatangan pada salinan Saman untuk membuktikan sudah terima adalah lebih baik, tapi asalkan dah bagi sudah cukup. Kemudian, rekodkan masa dan tarikh dan tempat di mana anda serahkan Saman tersebut.

4.      Sebelum kes boleh didengar, Mahkamah akan suruh anda isi afidavit penyerahan (atau afidavit penyampaian) Saman. Masa ini perlu nyatakan bila masa tarikh hari dan tempat anda serahkan. Kalau anda suruh orang lain tolong serah, maka orang tersebut kena datang ke Mahkamah dan tandatangan afidavit penyerahan tersebut.

5.      Kemudian di hadapan Hakim, Hakim akan soal-balas tentang sebab bercerai, keadaan isteri samaada haid atau tidak, ada bersetubuh atau tidak.

6.      Kalau sekiranya ada perjanjian antara suami isteri berkenaan nafkah dan penjagaan anak, elok juga dimaklumkan kepada Hakim supaya boleh direkodkan bersekali dengan perintah cerai. Tapi penulis menasihatkan agar sebarang perjanjian hendaklah dirujuk kepada Peguam Syarie masing-masing kerana banyak masalah berlaku di kemudian hari apabila suami isteri tidak merujuk peguam terlebih dahulu atau hanya merujuk kepada satu Peguam sahaja untuk mewakili kedua-duanya.


7.  Suami akan baca lafaz tersebut dan surat lafaz itu akan ditandatangani oleh suami dan isteri selepas suami melafazkan talaq mengikut surat itu.

8.  Hakim akan membacakan perintah mengesahkan cerai telah dilafazkan di dalam Mahkamah dan akan memerintahkan surat akuan nikah dibatalkan (mesti bawa surat akuan nikah yang asal ye!) dan cerai didaftarkan di pejabat agama yang berdekatan.

9.  Dokumen perintah cerai biasanya akan dikeluarkan Mahkamah selepas 30 hari, bila sudah terima, perlulah bawa dokumen perintah itu ke pejabat agama yang berkenaan supaya surat akuan cerai boleh dikeluarkan.



+ JIKA ANDA TIDAK MAMPU DARI SEGI KEWANGAN, KAMI TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DOKUMEN SERTA PANDU ANDA BERKAITAN PROSIDING MAHKAMAH SEHINGGA KES SELESAI.

+ KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GUAMAN SYARIE JIKA ANDA TIDAK BERKEYAKINAN ATAU BIMBANG APABILA BERBICARA DENGAN HAKIM.


SILA WHATSAPP KE : 013-467 9960
@