SOALAN:
PENGESAHAN NIKAH – Bahawa saya dan
isteri telah pergi ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan telah bernikah di
Narathiwat pada tahun 2015. Namun, sehingga kini kami masih belum membuat
apa-apa pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Oleh kerana isteri saya telah
mengandung pada awal tahun ini, saya khuatir jika saya tidak mengesahkan
pernikahan saya dan ianya akan memberi risiko pada anak saya yang bakal
dilahirkan tidak lama lagi. Oleh itu, saya memerlukan nasihat dari pihak Tuan
bagi menyelesaikan masalah saya ini secepat mungkin.
(Aizat Ali dari Subang Jaya)
JAWAPAN:
Terima Kasih En.Aizat atas pertanyaan yang
diajukan.
Saya akan membahagikan penerangan bagi kes
pengesahan nikah ini kepada 2 bahagian:
1.
Hukum Syara’: Rukun
& Syarat Nikah
Pertama sekali, perkara yang paling asas adalah
mengenalpasti samaada sesuatu perkahwinan itu sah dan memenuhi rukun-rukun
nikah yang telah ditetapkan poleh Syara’:
Saya merujuk kepada apa yang dinyatakan di
dalam Kitab Hasyiyah al-Bujairimi Syarah Minhaj at Thullab telah
menyatakan:
“ Fasal dalam membicarakan rukun-rukun nikah dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Adapun rukun-rukun nikah itu
ialah lima iaitu:
1.
Pengantin Lelaki
2.
Perngantin
Perempuan
·
Wali
1.
Dua orang saksi
2.
Sighah/ lafaz ijab
qabul”
Setelah diteliti satu persatu bermula dengan
pengantin lelaki dan pengantin perempuan, kedua-dua nya haruslah Islam, baligh,
berakal, mukallaf serta tidak mempunyai hubungan darah atau persaudaraan.
Diantara perkara yang menghalang dari
kesahan suatu pernikahan atau pengesahan nikah adalah berbeza bagi
pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Perkara yang menghalang bagi
pengantin perempuan adalah bukan terdiri dari perempuan yang haram dinikahi seperti
mepunyai hubungan nasab dengan suami, bukan isteri orang dan tidak berada dalam
‘iddah. Begitu juga dengan pengantin lelaki, hendaklah terdiri dari lelaki yang
halal dinikahi seperti tertentu dan tidak beristeri lebih dari 4 orang.
Seterusnya rukun yang ketiga iaitu berwalikan Wali
Hakim yang kebiasaanya juga merupakan jurunikah bagi pernikahan di Majlis Agama
di Thailand. Disini perlu dipastikan bahawa semasa pernikahan tersebut, wali
Nasab bagi pengantin perempuan berada lebih dari 2 marhalah (60 batu) dari tempat
pernikahan tersebut dan sebelum upacara bermula, pengantin perempuan telah
memberi persetujuan mewakil walikan serta memberi mandat kepada jurunikah untuk
dinikahkan dan penerimaan perwakilan oleh jurunikah tersebut.
Keempat pula, saksi didalam upacara pernikahan
adalah 2 orang saksi yang sihat tubuh badan serta tidak buta juga tidak pekak
yang mana beragama Islam dan melengkapi syarat-syarat sebagai seorang saksi.
Kelima adalah wujudnya sighah atau lafaz ijab dan
qabul sewaktu pernikahan tersebut iaitu lafaz ijab dari jurunikah dan lafaz
qabul dari pengantin lelaki.
Ini bertetapan dengan peruntukan di dalam seksyen
12 dan 12(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor), seksyen
12 tersebut memperuntukkan bahawa:
“ Sesuatu perkahwinan itu adalah tidak sah
melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara’ untuk
menjadikannya sah”
Seksyen 12(2) memperuntukkan
bahawa:
“ Walau apapun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan
seksyen 40 (2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan
mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syara’,
boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah”

boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah”.
2. Pembuktian wujudnya pernikahan : Keterangan
Dokumen
Dalam mempertimbangkan kes ini, Mahkamah akan
mengambil kira beberapa perkara penting di dalam permohonan En.Aizat bagi
membuktikan tahap pembuktian yang sewajarnya dicapai oleh Pengantin lelaki dan
Pengantin perempuan bagi mensabitkan dan meluluskan pengesahan nikah ini
berdasarkan dokumen-dokumen sepertimana berikut:
A.
Sesalinan kad
pengenalan
B.
Sesalinan catatan
keteragan nikah wilayah Narathiwat
C.
Sesalinan bukti
passport masuk dan keluar
D.
Sesalinan surat
perngesahan perkahwinan dari Majlis Agama Narathiwat
E.
Sesalinan surat
pengesahan perkahwinan dari Konsulat Jeneral Malaysia.
+ JIKA ANDA TIDAK MAMPU DARI SEGI KEWANGAN, KAMI TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DOKUMEN SERTA PANDU ANDA BERKAITAN PROSIDING MAHKAMAH SEHINGGA KES SELESAI.
+ KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GUAMAN SYARIE JIKA ANDA TIDAK BERKEYAKINAN ATAU BIMBANG APABILA BERBICARA DENGAN HAKIM.
SILA WHATSAPP KE : 013-467 9960
@